LONDON - Manchester United mempamerkan kebangkitan dramatik apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Crystal Palace 2-1 di Selhurst Park, sekali gus kembali menghuni kelompok enam teratas Liga Perdana Inggeris.
United yang tidak pernah menang di stadium itu sejak Julai 2020 dan gagal menjaringkan gol sejak Januari 2023 berdepan detik sukar pada babak pertama, apabila Palace mendominasi permainan sebelum Jean-Philippe Mateta menyempurnakan penalti berulang untuk membuka jaringan.
Namun segala-galanya berubah selepas rehat. Penyerang yang sering dikritik, Joshua Zirkzee, membalas kepercayaan Ruben Amorim dengan merembat gol penyamaan dari sudut sempit sembilan minit memasuki babak kedua, menghidupkan semula momentum United.
Mason Mount kemudian menjadi wira apabila menolak masuk hantaran pendek Bruno Fernandes dari sepakan percuma, melepasi jangkauan Dean Henderson untuk gol kemenangan yang menceriakan ribuan penyokong pelawat.
Kemenangan itu menamatkan tiga perlawanan tanpa kemenangan United, sementara Palace terlepas peluang besar untuk melonjak ke kelompok empat teratas.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back