LONDON - Alexander Isak akhirnya membuka akaun jaringan Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool dalam kemenangan 2-0 ke atas West Ham United, sekali gus menamatkan rentetan buruk sembilan kekalahan daripada 12 perlawanan dan melegakan tekanan ke atas skuad kendalian Arne Slot.
Di Stadium London, Liverpool tampil jauh lebih bertenaga selepas Slot membuat keputusan berani merehatkan Mohamed Salah, kali pertama penyerang Mesir itu tidak tersenarai dalam kesebelasan utama liga sejak April 2024.
Florian Wirtz menjadi nadi serangan Reds, menguasai ruang antara garisan pertahanan dan tengah West Ham, sebelum Isak meredakan kebuntuannya selepas 310 minit tanpa gol liga dengan satu voli kemas hasil hantaran Cody Gakpo pada minit ke-60.
Kekecewaan tuan rumah bertambah apabila Lucas Paqueta dilayangkan dua kad kuning berturut-turut kerana membantah keputusan pengadil Darren England, enam minit sebelum tamat permainan.
Liverpool menutup malam kemenangan itu dengan gol kedua, kali ini melalui penyudah Gakpo pada masa kecederaan, melonjakkan mereka ke tangga kelapan, hanya tiga mata memisahkan Reds daripada kelompok empat teratas.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back