• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 November 2025 | 06:50 AM

Empat Suspek Ditahan, 76 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Bersepadu Kuching

KUCHING - Polis Daerah Kuching menahan empat individu dan mengeluarkan 76 saman dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah yang dijalankan pada 28 hingga 29 November 2025, di beberapa kawasan tumpuan di bandaraya ini.

Dua lelaki ditahan di Jalan Tun Abg Hj Openg selepas ujian air kencing mereka didapati positif Amphetamine dan Methamphetamine, dan kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dua lagi suspek ditangkap di lokasi berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Kuching, seorang di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan seorang lagi di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera.

Sepanjang operasi, seramai 178 individu dan 131 kenderaan diperiksa, manakala 25 saman lagi dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Trafik.

Operasi tersebut bertujuan mengekang aktiviti jenayah serta meningkatkan keselamatan awam.

Pihak polis menegaskan bahawa tindakan pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Sumber: fb Polis Daerah Kuching

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok