LIVERPOOL – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe, meraikan ulang tahunnya yang ke-48 dengan kemenangan manis, selepas pasukannya menamatkan penantian panjang untuk kemenangan di tempat lawan, menundukkan Everton 4-1 di Hill Dickinson Stadium.
Newcastle yang mengalami kesukaran di tempat lawan sejak April membuka tirai jaringan dengan pantas, apabila Malick Thiaw menyudahkan hantaran sudut Lewis Miley hanya selepas 55 saat, menjaringkan gol pertamanya untuk kelab.
Everton cuba bangkit, tetapi kecuaian barisan pertahanan membolehkan Newcastle menambah gol kedua. Nick Woltemade kemudian menambah gol ketiga selepas menerima hantaran Anthony Elanga, manakala Thiaw menambah gol keempat sebelum sejam permainan.
Everton hanya mampu menjaringkan gol saguhati melalui Kiernan Dewsbury-Hall, namun ia tidak menjejaskan kemenangan besar pasukan pelawat. Kemenangan ini menyaksikan Newcastle melonjak ke tangga ke-11 liga, mengatasi Everton.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back