KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam PRN Sabah ke-17 merupakan manifestasi sokongan rakyat terhadap visi pembangunan negeri.
Mengucapkan terima kasih atas mandat baharu itu, beliau berkata kejayaan tersebut membuktikan keyakinan rakyat terhadap agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), termasuk kesinambungan SMJ 2.0 yang menekankan empat tonggak utama: Sabah Diutamakan, Sabah Maju, Sabah Sejahtera dan Sabah Bersatu.
Hajiji turut menyeru rakyat serta parti lawan untuk bersatu dan bergerak bersama membina masa depan Sabah yang lebih mampan, inklusif dan progresif.
Beliau menegaskan komitmen GRS untuk terus memperjuangkan aspirasi rakyat, merapatkan jurang perbezaan, serta memastikan setiap suara didengari.
Hajiji, yang mempertahankan kerusi DUN Sulaman untuk penggal kesembilan, selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17 pada kira-kira 3.05 pagi di Istana Seri Kinabalu.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back