KOTA KINABALU - Datuk Seri Hajiji Noor sah meneruskan kepimpinan Sabah selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua awal pagi ini, 30 November di Istana Seri Kinabalu.
Beliau yang mempertahankan kerusi DUN Sulaman dalam PRN Sabah ke-17, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman, disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi.
Turut hadir kepimpinan tertinggi GRS termasuk Datuk Seri Masidi Manjun dan Datuk Armizan Mohd Ali.
GRS muncul parti dominan dengan 29 daripada 73 kerusi, diikuti Warisan (25), BN (6), UPKO (3) dan STAR (2).
Upacara itu menandakan permulaan rasmi pentadbiran baharu Sabah selepas keputusan PRN diumumkan semalam.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back