• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 November 2025 | 10:44 PM

PH Dakwa Capai Persefahaman Dengan GRS, Jumlah Kerusi Mencukupi Bentuk Kerajaan Sabah Baharu

KOTA KINABALU - Pakatan Harapan (PH) hari ini mendakwa gabungan itu bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri baharu susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat 10.05 malam, GRS mendahului dengan kemenangan 29 kerusi DUN, manakala PH dilapor menambah beberapa kerusi penting yang membuka laluan kepada kerjasama membentuk blok majoriti.

Dengan Sabah memiliki 73 kerusi DUN, gabungan yang mencapai 37 kerusi layak membentuk kerajaan negeri.

Menurut sumber PH, rundingan awal menunjukkan kombinasi kerusi PH dan GRS telah melepasi angka majoriti mudah, termasuk sokongan daripada beberapa calon menang yang dikatakan bersedia menyertai pembentukan kerajaan baharu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, Pengarah Operasi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Seri Amirudin Shari kini sedang mengadakan rundingan akhir dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor bagi memuktamadkan persetujuan.

“Insya-Allah, saya dimaklumkan kita cukup jumlah untuk membentuk kerajaan pada malam ini. Pakatan Harapan berbesar hati kerana kita menjadi sebahagian daripada kerajaan yang akan dibentuk di Sabah,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi PH di sini malam ini.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok