KUALA LUMPUR - DAP Sabah mengalami kekalahan besar pada Pilihan Raya DUN Sabah ke-17 apabila tewas di semua lapan kerusi yang ditandinginya, termasuk enam kerusi penyandang.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, parti itu menerima keputusan rakyat dengan hati terbuka dan mengucapkan tahniah kepada calon serta parti yang mendapat mandat.
Beliau menegaskan kepimpinan pusat akan meneliti kelemahan, memperbaiki strategi serta berusaha mengembalikan sokongan pengundi pada pilihan raya akan datang.
Lapan kerusi yang ditandingi merangkumi Luyang, Kapayan, Likas, Tanjong Papat, Elopura, Sri Tanjong serta dua kerusi baharu, Tanjung Aru dan Kemabong.
Loke turut memaklumkan bahawa dua wakil rakyat DAP di peringkat Parlimen, masing-masing mewakili Kota Kinabalu dan Sandakan, akan menggandakan usaha memperkukuh perkhidmatan dan gerak kerja di kawasan masing-masing.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back