BAU - Seramai 38 individu dibawa ke Mahkamah Majistret Bau pada Khamis dan Jumaat atas pelbagai kesalahan dadah, melibatkan pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a), Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata 28 daripada mereka, dituduh menggunakan dadah dan dikenakan denda antara RM2,800 hingga RM4,000, dengan hukuman penjara tujuh hingga 12 bulan jika gagal membayar. Mereka turut dikenakan pengawasan tambahan selama tiga tahun.
Beliau dalam kenyataan hari ini memberitahu beberapa individu menghadapi lebih daripada satu pertuduhan.
Dua lagi tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dadah dan masing-masing dikenakan denda RM3,000 atau penjara enam hingga 12 bulan.
Seorang individu turut dihukum penjara 27 bulan dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 39A(1).
Menurutnya, sidang mahkamah litar itu akan diadakan pada minggu keempat setiap bulan sebagai usaha berterusan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back