KUCHING - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan wanita kini berperanan penting dalam ekonomi baharu seperti hidrogen, teknologi tinggi dan semikonduktor, di sebalik tuntutan kepimpinan berkemahiran tinggi.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog “Sarawak Rising: Making Sure No One Gets Left Behind” sempena Sarawak Women of Tomorrow (SWOT) 2025.
Premier menekankan lima kompetensi utama kepimpinan iaitu ilmu pengetahuan semasa, kecekapan teknologi, integriti, daya penggerak dan pengurusan masa, serta menyeru wanita Sarawak mengambil peluang dalam bidang yang dahulu didominasi lelaki.
Program empat hari SWOT 2025 anjuran Yayasan Kepimpinan Wanita (WLF), memberi platform kepada peserta membina kemahiran digital, kepimpinan praktikal dan jaringan profesional, sekaligus menutup jurang gender dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.
Premier turut menekankan bahawa pendidikan, khususnya dalam bidang STEM, adalah asas membina tenaga kerja masa depan, manakala wanita muda kini dilihat berpotensi besar untuk menerajui kepimpinan dan sektor profesional Sarawak.
Sumber: Jabatan Penerangan Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back