• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 November 2025 | 09:25 AM

WE2025 Pacu Peranan Wanita Dalam Ekonomi Masa Depan, 10,000 Pengunjung Dijangka Hadir

KUALA LUMPUR - Malaysia terus memperkukuh agenda pemberdayaan wanita melalui Persidangan “Women’s Empowerment 2025: Future in Motion” (WE2025) yang dirasmikan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, pada Selasa 25 Nov.

Timbalan Menteri Ekonomi, Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib ketika menyampaikan ucaptama menegaskan bahawa wanita kini merupakan pemacu penting inovasi dan pertumbuhan negara, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI, Polisi Wanita Negara 2025–2030 dan fokus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

WE2025 dijangka menghimpunkan lebih 10,000 pengunjung, 150 pempamer serta 1,000 delegasi ASEAN, sekali gus menjadikannya antara platform terbesar serantau yang memupuk kerjasama dalam memperkasa ekonomi wanita.

Menurut beliau, kerajaan memberi tumpuan kepada peluasan peluang kepimpinan wanita, pembangunan kemahiran digital, akses kepada pekerjaan fleksibel, serta sokongan lebih kukuh terhadap penjagaan anak. Wanita juga digalakkan menerajui sektor strategik seperti teknologi, ekonomi hijau dan ekonomi kitaran.

Dato’ Hanifah turut menegaskan bahawa ekosistem sokongan termasuk pengangkutan, keselamatan, infrastruktur digital dan kemudahan penjagaan anak, perlu diperkasa bagi memastikan wanita dapat bekerja, memimpin dan membangunkan perusahaan secara lebih berkesan.

Ujarnya lagi, WE2025 menegaskan komitmen Malaysia dalam memastikan wanita menjadi tenaga penggerak utama ekonomi masa depan.

Sumber: fb Hanifah Hajar Taib

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok