• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 November 2025 | 08:26 PM

RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 Diluluskan, Perkukuh Eksekutif Negeri

Kuching – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025.

RUU tersebut membolehkan kerajaan negeri melantik sehingga empat ahli tambahan ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau Kabinet Negeri.

Ia telah dibentangkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, merangkap ADUN Asajaya, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Perbahasan mengenai RUU itu menyaksikan penyertaan aktif daripada 23 orang ADUN, dengan 21 menyatakan persetujuan dan 2 tidak bersetuju.

Akhirnya, RUU tersebut diluluskan dengan 74 undi menyokong dan 2 menentang, melebihi dua pertiga majoriti dewan.

Menurut Dato’ Sri Abdul Karim, pindaan itu bertujuan untuk memperkukuh kapasiti eksekutif negeri sejajar dengan pengembangan sempadan konstituensi dan peningkatan tanggungjawab.

Pertambahan kerusi DUN daripada 82 kepada 99 semasa persidangan khas DUN Sarawak baru-baru ini, telah menimbulkan keperluan baharu dalam penyelarasan dasar, pentadbiran, dan pengagihan portfolio.

Beliau menambah, struktur Kabinet sedia ada tidak lagi seimbang dengan keluasan kawasan pentadbiran serta jumlah tanggungjawab kementerian yang semakin meningkat.

Langkah tersebut dijangka memperkukuh mekanisme eksekutif negeri, meningkatkan koordinasi dasar, serta memastikan portfolio menteri diagihkan secara adil dan tanggungjawab mereka dilaksanakan dengan lebih berkesan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok