• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 November 2025 | 07:05 PM

Projek Pembangunan Opar Terus Dipergiat, Kesejahteraan Komuniti Jadi Keutamaan

Kuching – Sebanyak tujuh sawah padi telah diluluskan di kawasan Opar, dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM38 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, setakat ini, empat projek tersebut sedang dalam proses tender dan dijangka dilaksanakan menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Menurut beliau, projek-projek berkenaan merupakan sebahagian daripada 198 projek yang sedang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat di kawasan pentadbirannya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada hari pertama Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching, hari ini.

Selain itu, beberapa projek pembangunan lain sedang rancak dilaksanakan, termasuk pembinaan logi rawatan air baru untuk kawasan Lundu dan Sematan, Jambatan Selampit, serta Kluster Makanan Metropolitan di Kampung Sungko Baru.

Keperluan asas juga terus menjadi perhatian, termasuk fasiliti asas seperti dewan dan balai raya, serta perhubungan jalan berturap yang menghubungkan rumah ke rumah.

Tegas beliau, tujuannya adalah memastikan kesejahteraan komuniti penduduk Opar agar tidak terpinggir daripada agenda pembangunan negeri.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok