SEBUYAU — Kerajaan Sarawak mengambil langkah proaktif dengan membiayai sepenuhnya Projek Naik Taraf Bekalan Elektrik Bahagian Samarahan berjumlah RM150 juta, susulan kelewatan peruntukan dan pelaksanaan di peringkat Persekutuan.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dibuat kerana masalah gangguan elektrik yang sering berlaku di kawasan tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan.
Ujarnya, rakyat sudah terlalu lama menunggu. Jika Persekutuan tidak dapat menyediakan peruntukan, kerajaan negeri akan mengambil alih.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan projek berkenaan di Kampung Sampat, Sebuyau hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back