• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 November 2025 | 06:39 AM

Newcastle Tewaskan Manchester City Dalam Aksi Dramatik di St James Park

NEWCASTLE - Harvey Barnes muncul wira Newcastle United apabila menjaringkan kedua-dua gol untuk membantu The Magpies menumpaskan Manchester City 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana yang penuh debaran di St James’ Park.

Barnes membuka jaringan sebelum City menyamakan kedudukan menerusi gol Ruben Dias yang terbias mengenai Fabian Schar selepas kekalutan pertahanan Newcastle.

Namun, skuad Eddie Howe pantas bangkit apabila hantaran Jacob Murphy disudahkan Barnes yang lebih pantas membaca situasi selepas tandukan Bruno Guimaraes mengenai palang.

Gol kedua itu disahkan selepas semakan panjang VAR, sekali gus menggegarkan stadium yang penuh sesak dan menyuntik semangat tuan rumah untuk mempertahankan kelebihan sehingga tamat.

Kemenangan ini bukan sahaja menghidupkan kembali keyakinan Newcastle, malah mencatat sejarah peribadi buat Howe yang meraih kemenangan Liga Perdana pertamanya ke atas pasukan bimbingan Pep Guardiola.

Sumber: BBC

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok