LIVERPOOL - Musim suram Liverpool semakin parah apabila skuad bimbingan Arne Slot tewas dengan mudah 0-3 kepada Nottingham Forest yang tampil garang di Anfield, sekali gus mencetuskan kegusaran besar dalam kalangan penyokong The Reds.
Liverpool yang masih kecewa selepas dibelasah Manchester City tempoh hari, gagal bangkit apabila Forest yang kini dipacu sentuhan baharu pengurus Sean Dyche mempamerkan aksi bertenaga penuh disiplin.
Forest membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi rembatan padu Murillo yang menewaskan Alisson, yang baru kembali pulih daripada kecederaan.
Igor Jesus sempat menambah jaringan kedua namun dibatalkan kerana bola terkena tangan, namun Forest tidak menunggu lama apabila hanya 39 saat selepas separuh masa kedua bermula, Neco Williams melakukan hantaran tepat untuk disudahkan Nicola Savona di hadapan The Kop.
Liverpool terus tenggelam tanpa sebarang reaksi meyakinkan, sebelum Forest mengukuhkan kemenangan pada minit ke-78, apabila Morgan Gibbs-White menyempurnakan peluang selepas Alisson menepis cubaan Omari Hutchinson.
Kekalahan ini menyaksikan Liverpool yang kini berada di tangga ke-11, tewas enam daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Slot yang berbelanja hampir £450 juta musim panas lalu.
Sebaliknya, Forest terus melangkah keluar dari zon bahaya dan kini naik ke tangga ke-16.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back