• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 November 2025 | 10:50 AM

LHDN Bongkar Kartel Jual Beli Kenderaan Mewah, Gagal Lapor RM70 Juta

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membongkar ketidakpatuhan cukai sebuah syarikat yang disyaki terlibat dalam kartel jual beli kenderaan mewah, dengan kegagalan melaporkan pendapatan sebenar daripada transaksi bernilai anggaran RM70 juta.

LHDN dalam kenyataannya hari ini berkata, operasi penguatkuasaan telah dijalankan pada Isnin 17 November di premis perniagaan, kediaman pengarah syarikat, dan sebuah firma juruaudit di Lembah Klang.

Tindakan penggeledahan dilakukan bagi mendapatkan dokumen dan bahan bukti berkaitan ketidakpatuhan cukai.

Kes disiasat di bawah subseksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 terhadap syarikat dan perenggan 113(1)(a) terhadap pengarahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin menegaskan, operasi itu merupakan sebahagian daripada tindakan bersasar LHDN untuk memperkukuh pematuhan cukai, khususnya dalam sektor dengan transaksi bernilai tinggi seperti kenderaan mewah.

LHDN menekankan bahawa langkah tersebut sejajar dengan usaha kerajaan membanteras kartel dan sindiket penyeludupan serta memastikan integriti sistem percukaian negara terpelihara.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok