• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 November 2025 | 10:40 AM

Sarawak Utamakan Pendidikan Sebagai Teras Pembangunan Masa Depan - Premier Abang Johari

KUCHING - Pembangunan Sarawak bukan hanya tertumpu kepada infrastruktur, sebaliknya memberi keutamaan kepada pendidikan sebagai teras kemajuan masa depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha melahirkan generasi muda berpendidikan tinggi dan berilmu adalah kunci kepada pembangunan negeri.

Beliau menekankan kerajaan negeri kini meneliti pendekatan baharu bagi memastikan pembiayaan pendidikan dilaksanakan secara mampan.

“Kita kaya dengan sumber air, tetapi nilai sebenar hanya diperoleh jika kita mempunyai pengetahuan. Sebab itu, apabila kita beralih kepada hidrogen daripada air sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui, tenaga inilah yang akan mengukuhkan ekonomi kita,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Khas YAB Premier Sarawak (AKPS) 2025 di sini pada Isnin 17 November.

Datuk Patinggi Abang Johari turut menyeru supaya pembangunan bakat disokong dengan latihan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan pemikiran kritikal, selain menekankan kepentingan pendekatan dwibahasa dalam sektor berteknologi tinggi seperti cip dan semikonduktor.

Katanya, Sarawak melihat masa depan negeri bergantung kepada empat komponen utama iaitu ekonomi digital, gas, CCUS dan semikonduktor.

Sumber: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok