KUCHING - Pendidikan Sarawak terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan utama tahun 2024.
Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mohamad Junaidi Mohidin memaklumkan, SPM 2024 mencatat Gred Purata Negeri (GPN) 4.84, meningkat 0.08 berbanding tahun sebelumnya.
Bagi STPM 2024, Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) ialah 2.68, dengan 92 calon memperoleh PNGK 4.00 dan 12 sekolah mencatat PNGK melebihi 3.00.
Datu Mohamad Junaidi berkata, pencapaian tersebut mencerminkan usaha berterusan kerajaan dan Yayasan Sarawak dalam memperkukuh sistem pendidikan negeri, termasuk melalui program jangkauan pendidikan bagi memastikan pelajar luar bandar tidak tercicir akibat faktor geografi atau sosioekonomi.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Anugerah Khas YAB Premier Sarawak (AKPS) 2025 yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini pada Isnin 17 November.
Majlis itu turut menghargai pelajar, pendidik, pemimpin dan sekolah yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tahun 2024.
Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Annuar Rapaee.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back