BAU - Operasi Tapis Khas dan Op Waran Tangkap yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau bersama anggota IPD Bau pada Isnin 17 November membawa kepada penahanan sembilan lelaki disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Operasi yang bermula kira-kira jam 8.45 pagi sehingga 2.14 petang itu dijalankan di sekitar kawasan Bau.
Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman, kesemua suspek didapati positif dadah menerusi ujian saringan awal air kencing dan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Salah seorang daripada mereka turut dikesan mempunyai waran tangkap.
Pihak polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dan menyeru orang ramai menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.
Sumber: IPD BAU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back