• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 November 2025 | 09:26 AM

Lelaki Tempatan Ditangkap Susulan Kes Penipuan E-Dagang RM8,000 di Lubok Antu

LUBOK ANTU - Seorang lelaki tempatan berumur lewat 20-an dari Jalan Batu Kaya, Lubok Antu, Sarawak ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Lubok Antu kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan pembelian dalam talian (e-dagang) bernilai kira-kira RM8,000 yang dilaporkan di Klang Utara, Selangor.

Suspek dipercayai berperanan sebagai “keldai akaun”, membenarkan akaun banknya digunakan oleh sindiket penipuan untuk menerima wang hasil jenayah.

Sehubungan itu polis menasihati orang ramai agar tidak menyerahkan akaun bank, kad ATM, atau maklumat perbankan kepada mana-mana pihak kerana ia boleh disalahgunakan untuk kegiatan penipuan.

Individu yang bertindak sebagai keldai akaun boleh didakwa di bawah Seksyen 424B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda maksimum RM100,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: IPD LUBOK ANTU

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok