• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 November 2025 | 06:00 AM

Abang Johari Hargai Langkah Kerajaan Pusat Tambah Kerusi Parlimen Sarawak

KUCHING - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut baik persetujuan secara prinsip Kerajaan Persekutuan untuk menambah jumlah kerusi Parlimen bagi negeri ini, selaras dengan perkembangan jumlah pengundi.

Beliau menegaskan cadangan untuk meningkatkan perwakilan Sarawak sehingga satu pertiga daripada keseluruhan kerusi Parlimen adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, dan negeri ini bersedia untuk berbincang bagi mencapai keputusan terbaik.

“Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju menambahkan kerusi Parlimen... sama ada dapat memenuhi satu pertiga, nanti kita akan runding,” katanya selepas merasmikan Hari Integriti Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) serta melancarkan DBOS Islamic Banking Window di Kuching pada Isnin 17 November.

Sebelum ini Perdana Menteri memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju menambah kerusi bagi Sabah dan Sarawak mengambil kira pertambahan pengundi, namun tiada komitmen untuk mencapai sasaran satu pertiga kerusi.

Kini, Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 25 dan 31 kerusi Parlimen.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok