KAPIT - Program Wanita Dinamik yang diperkenalkan sejak pandemik COVID-19 berakhir terus memainkan peranan penting dalam memperkasa wanita dari segi ekonomi, khususnya golongan terkesan akibat kehilangan pekerjaan dan isu kekeluargaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata sejak dilancarkan pada 2023, program itu mencatat impak positif dengan nilai keseluruhan bantuan mencecah hampir RM4 juta di Sarawak.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara berkata program itu diwujudkan selepas pihak kementerian mendapati banyak wanita tidak dapat keluar bekerja kerana perlu menjaga anak atau ibu bapa, selain ada yang berdepan perceraian dan keganasan rumah tangga.
Datuk Seri Nancy berkata demikian pada Program Advokasi Kasih Wanita @ Kapit, Wanita Dinamik & Toleransi Sifar Keganasan di Dewan Masyarakat Melayu, Kampung Muhibah di Kapit hari ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back