HAMILTON - Israel menolak 23 permohonan bantuan kemanusiaan sejak gencatan senjata di Gaza bermula 10 Okt, menyebabkan jutaan barangan kritikal seperti khemah, kit penebat dan kelengkapan tempat tinggal tersekat di Jordan, Mesir dan Israel, menurut PBB.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, berkata kekangan itu memburukkan keadaan hidup penduduk, meningkatkan risiko kanak-kanak terdedah kepada bahan letupan yang tidak meletup.
Beliau menyeru Israel membenarkan akses penuh untuk penghantaran barangan, peralatan dan kerja-kerja PBB serta NGO bagi menangani krisis kemanusiaan yang berterusan.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back