BANDARAYA GAZA - Ribut musim sejuk yang melanda Gaza menyebabkan ribuan keluarga yang kehilangan tempat tinggal terdedah selepas khemah usang mereka musnah atau koyak, memburukkan lagi krisis kemanusiaan di kawasan itu, lapor Anadolu Ajansi.
Hujan lebat menenggelamkan khemah, meninggalkan lopak lumpur dan menyukarkan keluarga mencari tempat kering, terutamanya di kawasan “garisan kuning” yang masih dikawal tentera Israel.
Pejabat media kerajaan Gaza menganggarkan kira-kira 93 peratus daripada 135,000 khemah penempatan tidak lagi sesuai didiami.
Keluarga terpaksa bergantung kepada batu, pasir dan plastik untuk menahan air hujan, manakala kekurangan bekalan asas dan perkhidmatan penting menambah tekanan.
Ribut itu berlaku selepas hampir dua tahun serangan Israel yang mengakibatkan lebih 69,000 rakyat Palestin terbunuh dan 170,000 cedera sejak Oktober 2023.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back