KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan mempertahankan kerusi DUN Sulaman pada PRN ke-17 dalam pertandingan lima penjuru.
Hajiji, yang juga Pengerusi GRS dan Presiden PGRS, akan ditentang Dr Shahnon Rizal Thaijuddin (BN), Mokhtar Hussin (Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (PN) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).
DUN Sulaman mempunyai 18,352 pengundi berdaftar, manakala penyokong GRS mengiringi Hajiji dan calon parti lain dalam perarakan dari ibu pejabat PGRS di Tuaran.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back