KUALA LUMPUR - Gandingan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke final Japan Masters 2025 selepas menewaskan pasangan tuan rumah Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 24-22, 23-21 dalam aksi separuh akhir di Kumamoto, menempatkan mereka selangkah ke gelaran ketiga musim ini.
Dalam aksi lain, beregu lelaki profesional Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, tewas kepada pasangan tuan rumah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 12-21, 17-21, sekali gus tiada wakil Malaysia dalam final lelaki esok.
Pearly-Thinaah akan berdepan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi esok untuk merebut kejuaraan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back