• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 November 2025 | 11:43 AM

Media Sarawak Pacu Pelancongan Kalimantan Barat

PONTIANAK - Delegasi media Sarawak memainkan peranan penting dalam merancakkan pelancongan di Kalimantan Barat, Indonesia melalui promosi dua hala Malaysia-Indonesia.

Sekretaris Daerah Kalimantan Barat, Harisson berkata, kehadiran 14 pengamal media Sarawak dalam lawatan lima hari empat malam itu mencerminkan komitmen bersama memperluas industri pelancongan rentas sempadan, terutamanya selepas pembukaan semula laluan penerbangan terus Kuching-Pontianak oleh AirAsia.

“Peranan komuniti media Sarawak sebagai jambatan memperkenalkan budaya, makanan dan destinasi menarik Kalimantan Barat amat dihargai. Semakin banyak informasi dikongsikan, semakin besar peluang menarik pelancong,” katanya.

Ketua Pejabat Pemuda, Olahraga dan Pelancongan Kalimantan Barat, Windy Prihastari, berkata lawatan itu membuka ruang kerjasama strategik melalui platform seperti BIMP-EAGA dan SOSEK MALINDO, selain memanfaatkan media sosial dan pencipta kandungan digital untuk promosi destinasi.

Delegasi media Sarawak dijadual melawat lokasi popular seperti Tugu Khatulistiwa, rumah tradisional Dayak dan Melayu di Pontianak, serta tarikan budaya di Singkawang termasuk Rumah Warisan Tjhia, Pantai Samudra dan kawasan etnik pelbagai budaya.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok