KUALA LUMPUR - Insiden kebocoran air di Terminal 1 KLIA semalam berpunca daripada kesilapan kontraktor ketika kerja baik pulih bumbung sedang dijalankan.
Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), siasatan awal mendapati pekerja meninggalkan papan lapis yang menutup saluran perparitan sebelum menghentikan kerja akibat cuaca buruk, menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan air hujan melimpah hingga meresap ke siling balai berlepas.
MAHB memaklumkan kawasan terjejas dibersihkan dalam tempoh sejam setengah dan operasi kembali berjalan lancar.
KLIA akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor serta memperketat prosedur kerja dan protokol kecemasan bagi mengelakkan kejadian berulang.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back