KUCHING - Sekitar 100 buah bas pengangkutan awam di seluruh Sarawak akan dinaik taraf dengan pemasangan Sistem Kedudukan Global (GPS) dan Mesin Tiket Elektronik (ETM).
Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong sebagai berkata jumlah itu dikenal pasti hasil pertemuan beliau bersama pengendali bas henti-henti di Kuching, Sibu dan Miri sejak Isnin lalu.
Beliau dalam kenyataan berkata LPKP Sarawak akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan pemasangan sistem tersebut yang dianggarkan mencecah RM800 sebulan untuk setiap bas.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back