KUCHING - Satu video sepanjang 12 minit bertajuk Aspirasi di Dewan Santapan Surau Astana Sarawak dirasmikan semalam menampilkan perjalanan hidup Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pelancaran video itu sebagai menghargai dan mengabadikan legasi kepimpinan serta ketokohan Yang di-Pertua Negeri.
Dokumentari khas itu memaparkan aspirasi tinggi Tun Wan Junaidi dalam memacu pembangunan dan memastikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum terpelihara.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back