KUCHING - Seiring usaha berterusan untuk memodenkan Sarawak, Kerajaan negeri sedang mempersiapkan rakyatnya untuk pekerjaan masa depan iaitu dalam tenaga boleh baharu, perkhidmatan digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi hijau.
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bagi merebut peluang tersebut, golongan muda Sarawak mesti dilengkapi dengan kemahiran teknikal, kreativiti dan kesedaran global.
Katanya semua pihak mesti melihat pendidikan bukan sahaja sebagai tanggungjawab sosial tetapi juga pelaburan strategik.
Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian pada majlis ‘No Kid Left Behind’ oleh Hornbill Foundation di Kuching semalam.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back