• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 November 2025 | 04:48 PM

Sarawak Teroka Inovasi Baharu ‘Doktor AI’, Perkukuh Sektor Kesihatan Negeri

Kuching – Sarawak bercadang untuk memperkenalkan sistem konsultasi doktor berasaskan kecerdasan buatan (AI), bagi memperkukuh sektor kesihatan negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, penggunaan AI dalam sektor kesihatan dapat membantu mempercepatkan proses diagnosis serta pelbagai urusan perubatan lain.

Menurutnya, langkah itu secara tidak langsung dapat menampung kekurangan tenaga kerja perubatan di negeri ini, khususnya doktor dan jururawat yang masih belum mencukupi.

Namun persoalannya kini, apakah sebenarnya yang boleh dilakukan oleh AI?

Jelas beliau, dengan bantuan teknologi itu, ia bukan sahaja mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan, malah berpotensi menjimatkan perbelanjaan kesihatan yang selama ini banyak bergantung kepada kaedah tradisional.

Beliau menyifatkan projek perintis hasil inisiatif sektor swasta itu sebagai sesuatu yang menarik untuk diteroka.

Beliau berkata, inisiatif oleh Institut Penyelidikan Perubatan Integratif Fudan itu, akan diperkenalkan di Miri sebagai tempat pertama ia dilaksanakan di luar negara China.

Tambahnya, beliau dijadual akan meninjau sendiri pelaksanaan projek itu pada hujung bulan ini bagi menilai keupayaan sistem AI dalam menyediakan konsultasi perubatan.

Hal ini kerana, kadang-kadang AI tidak begitu bijak, oleh sebab itu beliau mahu melihat sendiri tahap ketepatannya secara langsung, katanya berseloroh.

Sekiranya sistem itu terbukti berkesan, beliau mencadangkan kerajaan negeri untuk mempertimbangkan pelaburan dalam teknologi AI bagi sektor kesihatan, berbanding membelanjakan peruntukan besar untuk kaedah perubatan konvensional sebelum ini.

Dengan cara itu, perbelanjaan mungkin dapat dikurangkan melalui penggunaan AI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan forum di Universiti Swinburne Kampus Sarawak, di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok