KUCHING - Kedutaan Malaysia di Jepun telah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas penganugerahan “The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star.”
Menerusi kenyataan hari ini, kedutaan itu memaklumkan bahawa anugerah itu, yang disampaikan oleh Kerajaan Jepun di Istana Imperial di Tokyo semalam mengiktiraf sumbangan tidak ternilai Abang Johari dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia, khususnya Sarawak, dan Jepun.
Di bawah kepimpinan beliau, Sarawak telah memperkukuh kerjasama dengan syarikat Jepun dalam sektor ekonomi dan tenaga terutama tenaga boleh diperbaharui yang melibatkan hidrogen serta ammonia, menyumbang kepada peralihan tenaga Jepun dan keselamatan tenaga jangka panjang menerusi pembekalan LNG yang stabil.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back