KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan orang ramai segera memeriksa MyKad bagi memastikan cip berfungsi dengan baik.
Beliau berkata subsidi bersasar harga petrol hanya boleh dinikmati apabila MyKad digunakan sebagai pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
“Kalau cip rosak atau tidak boleh dibaca, jangan risau. Anda boleh ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara.
“Insya-Allah, pembaikan siap pada hari sama. Mudah dan cepat. Jangan tunggu saat akhir, buat semakan awal supaya anda dan rakan-rakan dapat menerima manfaat subsidi petrol khas ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam hantaran sama, Saifuddin Nasution berkata harga petrol RON95 dijangka turun kepada RM1.99 seliter pada hujung bulan ini melalui pelaksanaan subsidi bersasar.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 04:00 PM