KUALA LUMPUR - Kerajaan MADANI akan terus proaktif memposisikan industri halal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara terutama dalam perbincangan perdagangan dalam setiap misi pelaburan dan libat urus dua hala.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia menjadikan halal sebagai model ekonomi sejagat, dan ia akan menjadi sebahagian daripada rundingan dua hala dengan negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam atau negara bukan Islam.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 di sini hari ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 03:59 PM