KUALA LUMPUR - Semua institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) diarah memberi kelonggaran dalam urusan pendaftaran kepada pelajar yang terlibat dengan bencana banjir di Sabah dan Sarawak.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihak universiti akan membantu dan memberi ruang secukupnya kepada mereka demi memastikan tidak ada pelajar yang tertinggal peluang melanjutkan pengajian.
Beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini, turut memaklumkan bahawa Majlis Kesukarelawanan Siswa Universiti Malaysia dan pasukan kesukarelawanan IPTA akan digerakkan bagi membantu kerja-kerja pemulihan pascabanjir termasuk sokongan logistik serta bantuan komuniti.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 03:57 PM