• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 03:55 PM

DPLB Perkasa Peranan Wanita Luar Bandar Melalui Modul Khas

Kuching – Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) pastikan komuniti luar bandar, terus mendapat sokongan sewajarnya, termasuk golongan wanita.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, ia seiring dengan usaha bagi memperkasa peranan wanita dalam pembangunan komuniti.

Katanya, kementerian hendak memastikan wanita luar bandar mendapat akses yang sama rata terhadap peluang pembangunan, pendidikan dan pekerjaan yang mampan.

Sehubungan itu, satu modul khas untuk wanita luar bandar telah dirangka sebagai salah satu komponen dalam program latihan utama pemerkasaan komuniti desa.

Tahun ini, seramai 1,300 peserta dari seluruh negara telah dilatih di bawah dua program utama modul tersebut berkaitan wanita.

Antaranya termasuk pelaksanaan Kursus Pemerkasaan Komuniti Desa: Modul Wanita dan Siri Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar.

Di Sarawak, kursus Pemerkasaan Komuniti Desa: Modul Wanita telah dilaksanakan sebanyak tiga siri yang melibatkan 120 peserta, manakala satu siri Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar pula melibatkan 300 peserta wanita.

Tegas beliau, peranan wanita bukan sahaja terhad dalam keluarga, malah sebagai agen perubahan yang mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan.

Beliau berkata demikian semalam berucap dalam Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok