NEWCASTLE - Marcus Rashford menjadikan malam di St James’ Park mimpi ngeri untuk Newcastle apabila menjaringkan dua gol pantas pada separuh masa kedua dan membantu Barcelona menang dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara.
Gol pertama Rashford hadir menerusi tandukan kemas hasil hantaran Jules Kounde pada minit ke-58, sebelum meledak rembatan jarak jauh yang padu sembilan minit kemudian – gol pertamanya di UCL selepas hampir empat tahun.
Rashford menerima standing ovation daripada penyokong Barca sebelum dikeluarkan 10 minit terakhir, manakala gol lewat Anthony Gordon hanya menjadi gol saguhati untuk Newcastle.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 03:55 PM