Manchester - Erling Haaland sekali lagi mencatat sejarah apabila menjadi pemain terpantas menjaringkan 50 gol Liga Juara-Juara UEFA, hanya selepas 49 perlawanan.
Gol tandukan Haaland pada separuh masa kedua membantu Manchester City menewaskan Napoli, sebelum Jeremy Doku menambah gol kedua untuk memastikan tiga mata penuh.
Perlawanan ini juga menyaksikan kepulangan Kevin De Bruyne ke Etihad, namun hanya sempat beraksi 26 minit sebelum digantikan.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 03:51 PM