KUCHING - Seorang lelaki dipercayai warganegara asing berusia 47 tahun dilaporkan terjatuh dari aras tiga, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sekitar jam 3 Khamis petang (18 Sept).
Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, lelaki berkenaan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans dan kini ditempatkan di Zon Merah untuk menerima rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, memaklumkan siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah berkahwin dengan warganegara Malaysia.
Beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Insp Awang Ramzi bin Awang Junaidi di talian 019-8444123 atau Balai Polis Sungai Maong di talian 082-420469, atau tampil ke balai polis berhampiran.
ACP Alexson turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Sumber: IPD Kuching
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 03:49 PM