• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 03:44 PM

Pertanyaan Terakhir Aiman Jadi Petanda Sebelum Maut Dibaham Buaya

KUCHING – “Mak, sayang saya lagi tak?” Itulah kata-kata terakhir Arif Fahmi Aiman Mohammad Tinggal, 12, kepada ibunya sebelum maut dipercayai dibaham buaya ketika menjala di Sungai Empila di Kampung Empila, Kota Samarahan, pagi semalam.

Bapa mangsa, Mohammad Tinggal Ali, 52, tidak menyangka pertanyaan mengejutkan yang dilontarkan anak keduanya semalam, seakan-akan petanda kanak-kanak itu akan pergi buat selama-lamanya.

“Isteri saya beritahu Aiman tiba-tiba bertanyakan soalan itu…kami pun hairan kenapa dia berkata begitu. Dia memang rapat dengan maknya berbanding dengan saya.

“Kalau maknya suruh beli nasi atau apa sahaja, dia akan ikut tetapi bila kami melarang turun ke sungai untuk menjala, itu memang tak dapat dihalang sebab hobinya,” katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching semalam.

Dia berkata Arif Fahmi Aiman atau mesra dengan panggilan Aiman, keluar seawal enam pagi tadi untuk melakukan aktiviti kegemarannya itu sebelum disedari hilang oleh rakan-rakan memancing yang bersamanya.

Mohammad Tinggal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Empila, tempat anaknya bersekolah, hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada anak sulungnya ketika berada di kebun.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok