LUNDU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 6 berjumlah RM33,000 kepada 10 penerima.
Antara penerima geran tersebut ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sg Belian, JKKK Tanah Hitam Sematan, JKKK Tabuan Dayak dan JKKK Rayu Iban.
Turut menerima geran tersebut ialah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gunung Pandan dan Jiran Wanita Gunung Pandan Lundu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Santubong, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kpg Sebat Melayu, Tabung Aktiviti Dan Kebajikan Daerah Lundu dan Persatuan Ibu-bapa Dan Guru (PIBG) SMK Sematan.
Geran itu disampaikan oleh Pegawai Khas ADUN Tanjong Datu, Emmi Farahisbillah Hamdan di Pejabat Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu, Lundu semalam.
Sementara itu, Emmi turut mewakili Azizul untuk menyampaikan sumbangan kepada Mohamad Bakar yang terjejas selepas rumah yang dihuni di Taman Mawar Lundu terbakar awal pagi semalam.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 03:43 PM