Kuching – Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) bercadang untuk menganjurkan beberapa acara kapal bertaraf nasional di Sarawak.
Menteri MOTS, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Laut ke arah melaksanakannya.
Katanya, kerjasama tersebut akan membuka pemahaman yang lebih jelas mengenai keperluan serta sumbangan Sarawak kepada industri perkapalan.
Ia termasuk dalam aspek pembinaan kapal, khususnya apabila kebanyakan pembangunan kapal moden dan vesel laut dibuat di Sarawak.
Oleh sebab itu, Sarawak meraikan Hari Maritim buat pertama kali tahun ini, bagi memperkukuh peranan serta sumbangannya dalam bidang maritim.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri komited untuk memberikan lebih banyak perhatian kepada industri perkapalan di Sarawak.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Hari Maritim Sarawak 2025 di Kuching, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile

BILIK BERITA CATS

19 September 2025 | 03:35 PM