• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:40 PM

Albania Lantik AI Sebagai Menteri Kabinet, Langkah Pertama Dunia

TIRANA - Albania mencipta sejarah dengan melantik Diella, pembantu digital, sebagai menteri kabinet AI pertama di dunia. Tugas utama Diella ialah mengawasi perolehan awam bagi membanteras rasuah dalam tender kerajaan.

Diella, yang bermaksud ‘Matahari’ dalam bahasa Albania, sebelum ini berkhidmat sebagai penasihat di portal e-Albania, membantu rakyat mengakses perkhidmatan digital.

Menurut Perdana Menteri Edi Rama, AI ini akan menilai tender kerajaan secara objektif, memindahkan keputusan daripada manusia untuk mengelak rasuah dan konflik kepentingan.

Langkah tersebut mendapat reaksi bercampur; media tempatan memujinya sebagai “transformasi besar” dalam tadbir urus, namun sebahagian rakyat skeptikal terhadap keberkesanan AI menangani rasuah yang berakar umbi.

Seorang pengguna Facebook menulis, “Di Albania, bahkan Diella boleh dirasuah,” mencerminkan pandangan ramai tentang cabaran membanteras rasuah secara menyeluruh.

Langkah inovatif berkenaan dijangka menarik perhatian dunia dalam usaha menggunakan teknologi AI untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran kerajaan.

Sumber: The Guardian, FB SAYS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok