• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:38 PM

SFC Ingatkan Orang Ramai Waspada Risiko Buaya Ketika Musim Hujan

KUCHING - Sarawak Forestry Corporation (SFC) menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati susulan keadaan cuaca hujan berterusan yang menyebabkan paras air di beberapa kawasan semakin meningkat.

Dalam hantaran di laman Facebook rasmi, SFC turut mengingatkan orang awam supaya tidak berada atau bermain berhampiran kawasan parit besar dan sungai semasa hujan lebat atau banjir bagi mengelakkan risiko berdepan haiwan liar seperti buaya.

Selain itu, masyarakat turut disarankan sentiasa peka terhadap maklumat dan amaran terkini, memastikan haiwan peliharaan tidak dibiarkan berkeliaran serta menyimpan nombor kecemasan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Keselamatan masyarakat adalah keutamaan kami. Sehubungan itu, SFC menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling, mengelakkan kawasan berisiko serta mengutamakan langkah pencegahan semasa musim tengkujuh ini,” kata SFC.

SFC menegaskan, langkah berjaga-jaga ini penting bagi menjamin keselamatan diri, keluarga dan masyarakat sepanjang musim hujan.

Sumber: FB Sarawak Forestry Corporation
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok