• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:35 PM

Mixue Buka Cawangan Pertama di Malaysia Timur, Kukuh Kerjasama China–Malaysia

Kuching – Francais Mixue Ice Cream & Tea melebarkan jenamanya, dengan pembukaan cawangan pertama di Malaysia Timur, iaitu di Farley Kuching hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng bersama Konsul Jeneral China di Kuching, Xing Weiping.

Dalam ucapannya, Datuk Wee berkata, pembukaan cawangan Mixue di Kuching secara tidak langsung memperkukuh kerjasama perniagaan antara China dan Malaysia.

Menurut beliau, Kuching dan China telah lama mengekalkan hubungan persahabatan erat, dengan kerjasama yang semakin meluas dalam pelbagai bidang.

Untuk itu, beliau menyifatkan pembukaan cawangan pertama Mixue di Malaysia Timur ini adalah cerminan nyata terhadap kerjasama tersebut.

Tambah beliau, kehadiran Mixue di Kuching turut menyumbang tenaga baharu kepada ekonomi Sarawak.

Dalam masa yang sama, beliau berharap Kumpulan Mixue dapat mempertimbangkan untuk menjadikan Kuching sebagai pusat penting rantaian bekalan mereka di Asia Tenggara pada masa hadapan.

Katanya, Kuching sentiasa mengalu-alukan lebih banyak jenama unggul seperti Mixue untuk meneroka peluang perniagaan dan melabur di negeri ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok