MARUDI - Seramai lapan orang daripada sebuah keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Marudi, yang dibuka pada jam 2 Rabu petang (17 Sept), menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Sementara itu, di Daerah Telang Usan, seramai 103 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keetee, Long Lama telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas pusat pemindahan itu ditutup pada jam 4 Rabu petang.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:32 PM