KUCHING - Sempena Hari Malaysia 2025, Maxim E-hailing meneruskan inisiatif tahunan berfokuskan komuniti dengan mengadakan beberapa program amal di Kuching, Bintulu, dan Sibu baru-baru ini, bertujuan menyemai semangat perpaduan, memperkukuh nilai-nilai patriotik, dan mewujudkan hubungan yang lebih erat antara pemandu Maxim dengan komuniti setempat.
Di Kuching, konvoi pemandu Maxim mengunjungi Splendid Care Center dengan menyumbang makanan serta melakukan beberapa ktiviti seperti mengecat, mengemas, dan berkebun bersama penghuni dan kakitangan pusat tersebut.
Di Bintulu, pemandu Maxim mengunjungi Methodist Children’s Home dengan menyumbang kelengkapan sekolah termasuk beg, botol air, alat tulis, dan kalkulator kepada kanak-kanak di situ.
Di Sibu pula kumpulan pemandu e-hailing berkenaan berkumpul di Darul Uloom Islamiyyah untuk menyumbangkan barangan makanan asas termasuk beras, minyak masak, gula, dan telur bagi menyokong lebih 25 pelajar.
Manakala di Miri, Maxim bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Miri dengan menyertai Program Derma Darah di Dewan Bulan Sabit Merah Miri yang dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Dato Sebastian Ting.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:31 PM