KOTA SAMARAHAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas disambar buaya ketika menebar jala di Kampung Empila, di sini pagi tadi (18 Sept).
Mangsa, Arif Fahmi Aiman Mohd Tinggal, dilaporkan hilang kira-kira jam 7.53 pagi selepas jeritan beliau kedengaran sebelum tenggelam dari atas perahu, kira-kira 10 meter dari sebuah bot pemancing yang turut menjadi saksi kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Katanya dalam kenyataan hari ini, mangsa berjaya ditemui pada jam 9.50 pagi, kira-kira 10 meter dari lokasi terakhir beliau dilihat, dengan kesan gigitan pada bahagian badan dan dada.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

BILIK BERITA CATS

18 September 2025 | 04:29 PM